Kelas Website (Pengenalan kepada Blog)

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu bersamaan 9 Mac 2019, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Website iaitu ‘Pengenalan kepada Blog’ yang bermula pada jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh 4 orang pelajar daripada sekolah menengah dan sekolah rendah.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan awal kepada peserta mengenai blog.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta awalnya diterangkan mengenai definisi, kepentingan, faedah dan ciri-ciri dalam penghasilan blog. Peserta juga diterangkan contoh-contoh penggunaan blog seperti blog peribadi (Personal blog), blog berkaitan politik (Political blog), blog berkaitan perlancongan (Travelling blog), blog mengenai fesyen (Fashion blog) dan blog berkaitan dengan pendidikan (Educational blog). Selain itu, peserta juga diterangkan langkah-langkah awal dalam menghasilkan blog untuk pemahaman awal mereka sebelum menghasilkan blog nanti.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali